Saturday, 5 January 2013

Pengunduran Tuan President


Tuan Haji Rahman telah mengundur diri daripada jawatan President Taman Seri Murni Fasa 2. Pengunduran beliau telah melahirkan rasa kurang selesa kepada semua yang telah banyak menyokong beliau. Ini kerana sepanjang kepimpinan beliau, banyak pencapaian yang membanggakan talah dicapai dan tidak keterlaluan dikatakan beliau adalah pengurusi yang paling berjaya sejak Taman Seri Murni Fasa 2 ini wujud. Pengunduran beliau adalah kerana faktor kesihatan beliau yang seringkali terjejas. Kepada semua penduduk, Semoga, ini menjadi titik tolak kepada perubahan demi perubahan dan diharap semua penduduk terus memberi kepercayaan dan kerjasama demi kesejahteraan Taman Seri Murni Fasa 2 kelak.



Saturday, 22 December 2012

Friendly Remainder





PERHATIAN !!!

Kepada penduduk-penduduk Taman Seri Murni Fasa II yang masih mempunyai tunggakan maintenance dan air. Sila Jelaskan bayaran Air dan Maintenance anda dengan segera. Pemotongan bekalan air akan dilakukan pada 24/12/2012. Selepas pemotongan, cas penyambungan semula akan dikenakan sebanyak RM30.00. Tolong beri kerjasama. Sepelas tarikh tersebut, sebarang rayuan tidak akan dilayan. Harap Maklum.

JMB TAMAN SERI MURNI FASA II

Happy New Year 2013


Tuesday, 11 December 2012

Harga Rumah Sudah Naik

Harap maklum

Kini harga rumah di Apartment Taman Seri Murni Fasa 2, sudah naik. ini merupakan berita baik kepada semua pemilik-pemilik rumah dan dijangka sedikit masa lagi harga sewa juga akan meningkat naik dan ini mungkin juga satu berita yang kurang baik untuk para penyewa. Taman Seri Murni FAsa 2 kini sudah banyak perubahan jika dibandingkan dengan 10 bulan yang lalu.

Diharap para penduduk semua dapat membantu dalam mengekalkan pencapaian kita ini. Buktinya lihatlah, kini rumah disini boleh dijual pada harga sekitar RM80,000.00 - RM120,000.00 seunit.

Malaysia Property for Sale/Rent
http://www.iproperty.com.my/condominiums/1094/Taman_Seri_Murni_Fasa_2



http://www.lelong.com.my/apartment-taman-seri-murni-fasa-2-batu-caves-selayang-iproperty-1-IP1686195-2007-01-Sale-I.htm

Fikir fikirkan...

Tuesday, 27 November 2012

Polisi ber Blog di Taman Seri Murni Fasa II


Polisi atau peraturan yang perlu dipatuhi ketika di blog Taman Seri Murni Fasa  II

Kepada semua pengunjung blog PSG,
Sebarang komen yang dihantar samada yang berunsur perkauman, hasutan, politik, spam, kata-kata lucah dan kesat,  adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pihak saya berhak untuk meminda, memadam atau tidak meluluskan komen-komen tersebut dari disiarkan di blog ini. Mereka yang masih berdegil akan di ‘banned’ terus dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Ingin saya nyatakan disini bahawa polisi ini diadakan bukanlah mahu menyekat kebebasan bersuara atau komen anda, tetapi biarlah ianya dilakukan dengan cara berhemah dan bersopan.
Saya juga berharap bloggers menggunakan 1 (satu) ‘nickname’ sahaja untuk setiap komen yang ingin disiarkan. Jika didapati bloggers menggunakan lebih daripada 1 (satu) ‘nickname’ komen mereka itu akan dipadamkan dan tidak akan disiarkan. Untuk makluman semua blog ini mempunyai fungsi yang membolehkan saya mengesan bloggers yang sama tetapi menggunakan lebih daripada 1 (satu) ‘nickname’. 
Jika tidak mahu perkara-perkara ini terjadi pada anda, jadi sama-samalah kita menjaga tatasusila, mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tingkah laku kita sebagai bloggers serta bersikap hormat-menghormati antara satu sama lain demi menjaga nama baik blog ini  khususnya. 

Monday, 26 November 2012

Clamping Zone

Penduduk dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan sesuka hati. Kereta anda mungkin akan dikunci dan bayaran untuk membuka semula adalah RM50.00 untuk kereta dan RM30.00 untuk motorsikal.Kepada penduduk yang sudah mempunyai petak tempat letak kereta sendiri, sila laporkan kepada Security atau Pejabat Pengurusan jika petak parking kereta anda dimasuki oleh orang lain. Pihak Pengurusan dan Security akan mengunci tayar kereta tersebut. Harap penduduk memberikan kerjasama dan mematuhi segala peraturan ketika berada di Taman Seri Murni Fasa II.