Tuesday, 27 November 2012

Polisi ber Blog di Taman Seri Murni Fasa II


Polisi atau peraturan yang perlu dipatuhi ketika di blog Taman Seri Murni Fasa  II

Kepada semua pengunjung blog PSG,
Sebarang komen yang dihantar samada yang berunsur perkauman, hasutan, politik, spam, kata-kata lucah dan kesat,  adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pihak saya berhak untuk meminda, memadam atau tidak meluluskan komen-komen tersebut dari disiarkan di blog ini. Mereka yang masih berdegil akan di ‘banned’ terus dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Ingin saya nyatakan disini bahawa polisi ini diadakan bukanlah mahu menyekat kebebasan bersuara atau komen anda, tetapi biarlah ianya dilakukan dengan cara berhemah dan bersopan.
Saya juga berharap bloggers menggunakan 1 (satu) ‘nickname’ sahaja untuk setiap komen yang ingin disiarkan. Jika didapati bloggers menggunakan lebih daripada 1 (satu) ‘nickname’ komen mereka itu akan dipadamkan dan tidak akan disiarkan. Untuk makluman semua blog ini mempunyai fungsi yang membolehkan saya mengesan bloggers yang sama tetapi menggunakan lebih daripada 1 (satu) ‘nickname’. 
Jika tidak mahu perkara-perkara ini terjadi pada anda, jadi sama-samalah kita menjaga tatasusila, mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tingkah laku kita sebagai bloggers serta bersikap hormat-menghormati antara satu sama lain demi menjaga nama baik blog ini  khususnya. 

Monday, 26 November 2012

Clamping Zone

Penduduk dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan sesuka hati. Kereta anda mungkin akan dikunci dan bayaran untuk membuka semula adalah RM50.00 untuk kereta dan RM30.00 untuk motorsikal.Kepada penduduk yang sudah mempunyai petak tempat letak kereta sendiri, sila laporkan kepada Security atau Pejabat Pengurusan jika petak parking kereta anda dimasuki oleh orang lain. Pihak Pengurusan dan Security akan mengunci tayar kereta tersebut. Harap penduduk memberikan kerjasama dan mematuhi segala peraturan ketika berada di Taman Seri Murni Fasa II.

OPERASI CUCI TANGGA

Tangga Blog 26 telah dicuci pada 25/11/2012 yang lalu dan diharap, semua penduduk dapat memelihara kebersihan tersebut. Kini bau busuk sudah kurang. Hargailah penat lelah dan kesusahan orang lain yang bersusah payah membersihkan tangga tersebut dan bersama sama kita pelihara keindahan taman kita.
Kalau bukan kita siapa lagi.

JMB Taman Seri Murni Fasa 2

PARK AT YOUR OWN RISK


Para penduduk Taman Seri Murni Fasa II, Sila ambil perhatian dan ambil tahu.
Sila Kunci kereta dan jangan tinggalkan barangan berharga didalam kenderaan. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab diatas sebarang kerugian/kerosakan atau kehilangan yang berlaku keatas kenderaan anda.

Tuesday, 20 November 2012

Kepada Pengguna Lift Taman Seri Murni Fasa 2

Sila hormati orang lain semasa menggunakan lift. Tolonglah bertimbang rasa.
Kemudahan yang ada bukan untuk ada seorang sahaja, ia milik bersama.

 

Peluang untuk penduduk mendapatkan Geran



Peluang anda untuk mendapatkan Strata Title / Geran Baru ?
Apakah Kebaikannya ?
Harga Rumah akan naik 
Harga sewa akan naik
Rumah boleh di “refinance” semula, dapat untung
Urusan untuk jual / beli rumah semakin mudah

Kalau semua penduduk setuju, JMB akan bantu penduduk untuk mendapatkan geran tersebut
Penduduk hanya perlu jelaskan tunggakan Cukai Tanah sebanyak RM160.00

Untuk setiap unit rumah sebelum 31 Disember 2012.
Kelewatan pembayaran akan menyebabkan kita dikenakan denda sebanyak RM10% setahun

Bayaran dan maklumat lanjut, sila hadirkan diri ke Pejabat Pengurusan. Wang akan dikembalikan jika tiada persetujuan diantara penduduk dan sampai bila-bila pun tempat kita tidak akan berubah. Lu Fikirkah sendiri. Peluang hanya datang sekali.
JMB Taman Seri Murni Fasa II

Monday, 19 November 2012

Lift Sudah OK

Lift blok 26 sudah dibaiki. Diharap penduduk dapat meneruskan bayaran untuk mengganti lift tersebut dengan lift yang baru. Untuk blog 26, kita perlukan RM7K++ (30%) untuk memulakan kerja kerja pemasangan lift baru. Marilah sama sama kita pergi bayar.

Kerosakan Lift

Para penduduk diminta bersabar. Anda dinasihatkan untuk segera membuat pembayaran untuk menukar lift lama kepada yang baru. Kepada semua Pemilik sila ambil perhatian dan berikan kerjasama. Lift yang lama sudah terlalu uzur untuk digunakan dan membahayakan keselamatan kita.

Peraturan-peraturan di Taman Seri Murni Fasa II


Terdapat beberapa kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan di Taman Seri Murni Fasa II, Selayang Kuala Lumpur. Antara kawasan tersebut adalah kawasan di belakang tempat sampah. Sesiapa yang didapati melakukan pencerobohan akan dikenakan denda dan tindakan Undang-Undang. Harap Maklum semua penduduk dapat memberikan kerjasama. Larangan ini berkuatkuasa pada  19 November 2012.

Penduduk dinasihatkan agar tidak membuang sampah sesuka hati ditempat tempat yang tidak sepatutnya seperti ditepi tangga dan ditempat letak motorsikal. Sila jaga kebersihan taman kita dan sesiapa yang didapati melakukan kesalahan tersebut akan didenda oleh pihak pengurusan. Diharap penduduk dapat memberikan kerjasama.