Saturday 5 January 2013

Pengunduran Tuan President


Tuan Haji Rahman telah mengundur diri daripada jawatan President Taman Seri Murni Fasa 2. Pengunduran beliau telah melahirkan rasa kurang selesa kepada semua yang telah banyak menyokong beliau. Ini kerana sepanjang kepimpinan beliau, banyak pencapaian yang membanggakan talah dicapai dan tidak keterlaluan dikatakan beliau adalah pengurusi yang paling berjaya sejak Taman Seri Murni Fasa 2 ini wujud. Pengunduran beliau adalah kerana faktor kesihatan beliau yang seringkali terjejas. Kepada semua penduduk, Semoga, ini menjadi titik tolak kepada perubahan demi perubahan dan diharap semua penduduk terus memberi kepercayaan dan kerjasama demi kesejahteraan Taman Seri Murni Fasa 2 kelak.